Terokai Kebesaran Allah melalui Geografi

Friday, 18 March 2016

Kem Pemantapan Akademik (Geografi)


     Pada 17 Mac 2016 bersamaan hari Khamis berlangsungnya Kem Pemantapan Akademik bagi semua pelajar Tingkatan 2 SM Imtiaz YT Setiu bagi matapelajaran geografi. Antara pengisian yang di jalankan adalah guru memberi fokus kepada penguasaan topik-topik dalam silibus geografi tingkatan


     Para pelajar dihidangkan dengan beberapa sub topik dan setiap kumpulan akan menerima tajuk yang berlainan.Para pelajar diberi masa untuk menyiapkan point-point penting untuk dibentangkan di hadapan pelajar lain.Semasa sesi pembentangan pelajar tidak dibenarkan membawa buku/Kertas bagi mengelakkan berlakunya 'reading presentation'. Guru juga meminta pelajar memasukkan point penting sahaja diatas kertas mahjung dan selebihnya pelajar perlu membuat penerangan menggunakan pemahaman dan bahasa sendiri. Tujuan utama pembentangan sebegini dijalankan dengan beberapa peraturan yang seolah-olah kelihatan kejam namun ia adalah untuk melatih confident level para pelajar untuk menyampaikan apa yang mereka faham hasil dari pembacaan dan carian maklumat mereka. Selain itu juga, ia dapat melatih skill pelajar dalam membuat pembentangan dan menggalakkan pelajar untuk lebih menguasai isi kandungan topik yang hendak dibentangkan.

       
Jom jamu mata dengan gambar para pelajar ISET semasa Kem Pemantapan Akademik bagi matapelajaran Geografi.


"LIHATLAH KEBESARAN ALLAH MELALUI GEOGRAFI"




Para pelajar sedang khusyuk mendengar penerangan daripada guru





Para pelajar membuat pembentangan tajuk masing-masing



Hasil kerja para pelajar Tingkatan 2 ISET


1 comment: