Terokai Kebesaran Allah melalui Geografi

Friday, 18 March 2016

Ekuinoks Mac 2016 :: MALAYSIA



         Kebelakangan ini ramai orang bercerita tentang ekuinoks. Apakah itu ekuinoks?? Dalam kajian astronomiekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari berada tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam). 


Pencahayaan matahari yang dipancarkan ke bumi pada hari ekuinoks.

Bumi dalam orbitnya mengelilingi Matahari menyebabkan Matahari muncul di sfera cakerawala bergerak di atas ekliptik (merah) yang mencondong pada khatulistiwa (biru).
      
            Ekuinoks bukanlah satu fenomena Kemarau seperti yang di war-war oleh segelintir masyarakat tetapi cuaca panas dan suhu yang tinggi semasa ekuinoks adalah di sebabkan oleh Kedudukan Matahari yang tepat di atas Garisan Khatulistiwa dan menerima pancaran matahari yang terik, memadangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berada berhampiran Garisan Khatulistiwa turut menerima kesannya pancaran matahari yang terik.

*Footnote :
1.Ekliptik : jalan mataharu yang jelas pada sfera cakerawala.

No comments:

Post a Comment