walaupun alam sekitar ini seperti telah diwarisi oleh nenek moyang kita tetapi sebenarnya kita sedang menggunakan alam sekitar yang baka ldigunakan anak cucu kita. Dengan ini, konklusi daripada kata-katanya itu adalah kita sedang mengunakan hak orang pada masa depan (pinjam daripada mereka). Merujuk kepada pandangan ini, saya telah merasakan bahawa alam sekitar ini akan terus dipinjam dan dipulang semula sehingga tibanya hari kiamat nanti. Secara umumnya, pinjam ini merupakan suatu perbuatan penggunaan sementara yang melibatkan pihak lain dengan kebenaran empunya. Oleh yang demikian, kita seharusnya memerihara alam sekitar dengan penuh bertanggungjawab agar pemiliknya pada masa hadapan akan memperolehnya seperti mana yang kita terima pada hari ini.
Selalunya, barang yang telah dipinjam akan dipulangkan seperti mana keadaan yang sebelumnya. Dalam soal peminjaman alam sekitar ini terdapat sedikit perbezaan kerana kita tidak tahu bentuk alam sekitar yang akan wujud pada masa hadapan. Sebagai contoh, manusia pada zaman ini membangunkan bangunan pencakar langit yang tidak pernah dibina oleh cucu-cicik mereka. Dengan ini, manusia pada zaman ini tidak mendapat gambaran alam sekitar pada masa hadapan dan mereka akan terus menghanggap perubahan ke arah kemajuan akan membawa kepada kebahagiaan. Mereka yang beradda dalam keghairahan menuju ke alam yang dikatakan lebih bahagia sebenarnya telah menjahanamkan dunia. Adakah ini dikatakan pemulangan semula yang mendatangkan kebahagiaan?
Cintai Alam
Fahami Alam
Terokai Kebesaran Allah melalui Geografi
No comments:
Post a Comment