Terokai Kebesaran Allah melalui Geografi

Tuesday, 24 May 2016

Latihan Cuti Terancang Tingkatan 2 I-Set Penggal 2/2016

Kerja Cuti Terancang Tingkatan 2 Penggal 2/2016 SM Imtiaz YT Setiu.


KAJIAN KES

Soalan: Pelajar di kehendaki menyediakan satu kerja kursus tentang faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di kawasan kajian anda.


Langkah-langkah
  • Kenalpasti pelbagai faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dikawasan kajian yang anda pilih.
  • Huraikan setiap faktor berdasarkan contoh-contoh yang sesuai
  • Sediakan satu laporan berbentuk buku skrap berdasarkan dapatan kajian yang anda perolehi.


Format laporan/kerja kursus  anda harus mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Peta Lakar kawasan kajian
  • Huraian setiap faktor yang menerapkan nilai dan unsur patriotisme
  • Huraian langkah-langkah mengatasi masalah migrasi daripada menjadi masalah yang serius.



Susunan Kerja Kursus anda harus mengadungi perkara berikut:
  1. Tajuk Kajian (Muka Depan Buku Skrap)
  2. Senarai Kandungan
  3. Penghargaan
  4. Pendahuluan
  5. Objektif Kajian
  6. Kawasan Kajian (Peta lakar kawasan kajian anda)
  7. Dapatan Kajian 
  8. Rumusan 
  9. Lampiran
  10. Rujukan (Merangkumi pelbagai sumber seperti perpustakaan, internet, surat khabar, soal selidik dll)

p/s : Pelajar wajib menghantar kerja kursus masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Jun 2016

Latihan Cuti Terancang Tingkatan 1 I-Set Penggal 2/2016


Kerja Cuti Terancang Tingkatan 1 Penggal 2/2016 SM Imtiaz YT Setiu.

KAJIAN KES

1. Murid dikehendaki menjalankan satu kajian kes tentang kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-     tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.

2. Kegiatan manusia yang mengancam alam sekitar termasuklan aktiviti pembalakan, pertanian dan         petempatan.

3. Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
  •  Jenis-jenis kegiatan manusia yang mengancam tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar  di kawasan kajian anda.
  • Kesan kegiatan tersebut terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di kawasan kajian anda.
  • Langkah-langkah mengatasi masalah tersebut
  • Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian anda.


Susunan Kerja Kursus yang perlu anda buat;
  1. Tajuk Kajian (Muka Depan Buku Skrap)
  2. Senarai Kandungan
  3. Penghargaan
  4. Pendahuluan
  5. Objektif Kajian
  6. Kawasan Kajian
  7. Kaedah Kajian
  8. Dapatan Kajian/Hasil Kajian
  9. Rumusan
  10. Lampiran
  11. Rujukan (Merangkumi sumber perpustakaan, internet, radio, television, atau mana-mana sumber yang sahih)

p/s: Pelajar perlu menghantar kerja Kursus ini selewat-lewatnya pada 13 Jun 2016